Jualan BYD di Thailand untuk Ogos atasi jenama Jepun

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan kenderaan elektrik oleh BYD di Thailand untuk bulan Ogos nampaknya mendahului jenama-jenama dari Jepun seperti Mitsubishi, Mazda dan Nissan.

Bulan Ogos lalu, BYD mencatatkan jualan sebanyak 3.7 peratus dari jualan domestik tempatan. Menurut laporan Nikkei Asia, BYD sudah menjual sebanyak 14,700 unit EV dari Januari - Ogos tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Thailand ialah pasaran automotif kedua terbesar di Asia Tenggara (selepas Indonesia). Jualan tahunan Thailand mencecah 900,000 unit dan 11 peratus dari itu ialah kenderaan EV.

Peningkatan sebanyak 9 peratus untuk tempoh yang sama berbanding tahun lalu boleh dikatakan akibat kebangkitan BYD di mana model Atto 3 menjadi pilihan utama di sana. Pembeli Atto 3 juga menerima subsidi dari kerajaan Thailand sebanyak 150,000 Baht (RM19,900) untuk pembelian kenderaan EV di atas 30 kWh. 

Pertengahan September lalu BYD menawarkan program ganjaran di mana pemilik akan menerima kredit karbon berdasarkan jarak perjalanan mereka dan ia boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun harga mengecaj. BYD mendakwa ia adalah program pertama seumpama itu di dunia.

Di bawah ialah jumlah EV terjual di Thailand antara Januari hingga Ogos 2023, menurut sumber Autolife Thailand.

 

Untuk berita lanjut, lawati pautan di bawah:

https://asia.nikkei.com/Business/Automobiles/Thailand-s-auto-family-backs-China-BYD-s-rise-in-kingdom

Di bawah ialah video lawatan Careta ke ibupejabat BYD di Shengzen. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…