Jualan Bentley meningkat 50 peratus, Bentayga paling laku!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Aston Martin dan juga Lamborghini, Bentley juga merupakan antara pengeluar automotif mewah yang turut menikmati peningkatan jualan hasil daripada pengenalan SUV Bentayga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan terkini, Bentley berjaya meningkatkan angka jualan sebanyak 50 peratus kepada 7,199 unit untuk separuh pertama tahun 2021 berbanding 4,785 unit pada tahun 2019, dengan keuntungan operasi sebanyak €178 juta (RM893 juta).

Ia sekaligus merupakan angka tertinggi yang pernah dicapai oleh jenama mewah tersebut sepanjang tempoh 102 tahun mereka beroperasi.

Daripada jumlah tersebut, Bentayga merupakan model yang paling laris terjual dengan jumlah sebanyak 2,767 unit, diikuti dengan Continental GT (2,318 unit) dan Flying Spur (2,063 unit).

 

Flying Spur


Sementara itu, China merupakan pasaran Bentley yang paling berjaya sepanjang tempoh separuh pertama 2021, dengan 2,155 unit kenderaan berjaya diserahkan kepada pelanggan daripada 7,199 unit di peringkat global.

Bentley merancang untuk memperkenalkan sehingga sembilan model baharu sebelum akhir tahun ini, termasuklah model Bentayga Hybrid dan Flying Spur Hybrid.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…