Serbuan tersebut dilakukan oleh sembilan pegawai KPDNHEP dibantu oleh wakil pemilik cap dagang yang menghulurkan maklumat kepada pihak berkuasa bertempat di Jalan Ipoh dan Cheras.
Penemuan tersebut antara lain mengesahkan premis yang diserbu itu menjual alat penapis minyak (fuel filter) jenama Ford (37 unit), BMW (58 unit) dan Mercedes Benz (55) bernilai RM5,000 mengikut harga pasaran semasa.
Ketiga-tiga pemilik premis yang diserbu itu turut diambil keterangan dan disiasat berhubung produk tiruan yang terjual.
Menurut jurucakap KPDNHEP, kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 (2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana membekalkan atau menawarkan apa-apa barang dagangan palsu.
"Barangan tiruan itu bukan sahaja melanggar peraturan dan hak syarikat pengeluar alat ganti tulen, tetapi kualiti dihasilkan adalah rendah dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Dalam serbuan berasingan, KPDNHEP Selangor telah merampas 69 unit penapis minyak pelbagai jenama dari tiga lagi premis di Puchong Perdana dengan nilai rampasan dianggarkan RM2,487.
Sumber: Harian Metro