JSPT - Tawaran diskaun saman sehingga 50% bermula hari ini

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menawarkan pengurangan bayaran saman trafik, bermula hari ini, 10 Januari ini.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun rasmi Facebooknya berkata, tawaran diskaun sehingga 50 peratus itu bagaimanapun tertakluk kepada kesalahan yang terpilih sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Antara kesalahan yang tidak boleh menerima tawaran diskaun adalah kesalahan tidak boleh kompaun, kesalahan status perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan kesalahan pengubahsuaian ekzos.

 

“Selain itu, kesalahan lain yang tidak termasuk dalam tawaran ini adalah kesalahan memotong secara bahaya, kemalangan, kesalahan potong di garisan berkembar, kesalahan lorong kecemasan dan kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah,” katanya.

 

Tambahnya, tawaran ini tidak dihadkan untuk saman di Kuala Lumpur sahaja, tetapi sah untuk semua saman dari seluruh Malaysia.

 

Sementara itu, PDRM berkata bayaran saman boleh dilakukan di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. 

 

 

JSPT

Berita Berkenaan

Informasi
Mohd Rashid Mohd Ridwan, 48, tidak melepaskan peluang merebut tawaran potongan 50 peratus kadar…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata…
Informasi
Menurutnya, amalan pemberian diskaun saman trafik itu juga bukan perkara yang baik. "Malaysia…