Katanya, operasi bertujuan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada terhadap semua pengguna kenderaan, termasuk kesalahan mengubah suai ekzos menyebabkan bunyi bising melebihi had dibenarkan.
"Susulan operasi itu, JSPT mengesan satu gambar tular di media sosial mengaitkan tindakan saman atas kesalahan ekzos bising pada motosikal jenis Harley-Davidson.
"Gambar itu jelas disalah tafsir kerana tindakan saman ke atas penunggang adalah bagi kesalahan nombor pendaftaran 'fancy' dan bukan kesalahan ekzos bising," katanya.
Menurut kenyataan itu, mana-mana kenderaan yang menggunakan peralatan dan aksesori mengikut spesifikasi keluaran asal kilang adalah tidak melakukan kesalahan.
"JSPT ingin menegaskan mana-mana kenderaan yang menggunakan peralatan dan aksesori mengikut spesifikasi keluaran asal kilang adalah tidak melakukan kesalahan.
"Walau bagaimanapun, jika terdapat pengubahsuaian dilakukan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang," katanya.
Katanya, semua pengguna dan pemilik kenderaan diminta mematuhi peraturan dan undang-undang supaya tidak melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran demi memastikan keselamatan dan keselesaan awam.