JSPT - Pemilik Mercedes-Benz guna lampu strob dicari

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mengesan pemilik sebuah kenderaan mewah yang menggunakan lampu strob ketika melalui kesesakan trafik.


Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menerusi JSPT peringkat kontinjen dan daerah sedang mengesan kenderaan jenis Mercedes-Benz yang tular di media sosial semalam.

 

"Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 20 saat yang dimuat naik pemilik kenderaan itu di aplikasi TikTok.

 

Kenderaan berkenaan didapati menggunakan lampu strob bagi mengelak kesesakan trafik dan menggunakan lorong kecemasan.

 

Tindakan pemilik kenderaan itu memuat naik video berkenaan turut menerima kecaman netizen.

 

Difahamkan, pemilik kenderaan itu adalah Instafamous dan pembantu peribadi kepada seorang artis tempatan.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan pendekatan advokasi dan…
Informasi
  “Antara kesalahan yang tidak boleh menerima tawaran diskaun adalah kesalahan tidak boleh kompaun…
Berita Domestik
  Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepanjang tempoh itu…