Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebanyak 168 kes kemalangan direkodkan melibatkan kenderaan perdagangan itu.
"Statistik menunjukkan daripada jumlah berkenaan, 97 kes melibatkan kemalangan maut, 32 kes parah manakala 39 kes lagi kecederaan ringan.
"Selain itu, statistik sama mencatatkan sebanyak 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, susulan itu pihaknya mengambil inisiatif dengan menguatkuasakan tindakan menerusi Op Perdagangan di negara ini.
"Rekod mencatatkan sebanyak 4,822 operasi dijalankan dengan 38,367 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain 177 buah kenderaan telah diambil tindakan sitaan.
"Antara kesalahan utama dikesan adalah membawa muatan berbahaya dan tidak kemas, tiada segi tiga dan bunga tayar, lampu signal serta brek tidak berfungsi," katanya.
Menurutnya, lori kecil, treler dan lori kontena antara penyumbang tertinggi kemalangan setakat September lalu.
"Pengusaha serta majikan kenderaan perdagangan diminta melaksanakan tapisan terperinci di peringkat dalaman dengan memastikan tahap kesihatan pemandu berada pada tahap terbaik serta kesiapsiagaan dan kemahiran dalam pemanduan.
"JSPT sama sekali tidak akan berkompromi dan bertindak tegas dalam penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.
"Tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)," katanya.
- statistik dah ada, tiba masanya tindakan lebih tegas diambil memandangkan ia melibatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain -
Artikel dari Sinar Harian