JSPT - Lebih 1,400 kemalangan hari kelima Op Selamat 19

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 1,445 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kelima Op Selamat 19, pada Ahad.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 1,724 kenderaan dengan kereta mencatatkan kemalangan tertinggi iaitu 1,310 kes, diikuti pacuan empat roda dengan 230 kes, motosikal (144), lori (17), bas (11), van (sembilan), teksi (dua) dan ambulans (satu).
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan pendekatan advokasi dan kempen keselamatan jalan raya dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan dan meningkatkan kawalan pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

 

"Inisiatif yang dilaksanakan adalah langkah pencegahan kemalangan, memberi penekanan berkenaan keselamatan di jalan raya selain mendidik pengguna mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.

 

Mat Kasim berkata tumpuan lokasi advokasi adalah di stesen-stesen minyak, kawasan rehat dan rawat, restoran dan pusat beli-belah.

 

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari mulai Rabu lepas hingga 27 Jan ini di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, lori paling berat yang ditahan dalam operasi itu adalah membawa muatan 'pilling'…
Berita Domestik
Beliau berkata, kumpulan motosikal dinasihatkan untuk tidak berhenti di bahu jalan atau di bawah…
Berita Domestik
Menurutnya, pemasangan kamera yang beroperasi 24 jam itu diharap mampu mendidik pengguna jalan raya…