JSPT Bukit Aman - Penunggang motosikal paling tinggi langgar lampu isyarat

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JSPT Bukit Aman
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan satu operasi, Op Utama Khas Lampu Isyarat telah dijalankan di Jalan SS7/26, Petaling Jaya yang diketuai Supt. Dr Bakri bin Hj Zainal Abidin berserta lima pegawai dan 23 anggota telah diadakan bermula jam 10.30 pagi sehingga 11.45 pagi pada Khamis.


Dalam operasi tersebut, penunggang motosikal didapati paling tinggi melanggar lampu isyarat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Antara alasan yang diberikan adalah masa menunggu terlalu lama di lampu isyarat, nak cepat menuju destinasi dan pelbagai alasan remeh.

 


Perlu diingatkan bahawa tindakan melanggar lampu isyarat ini bukan sahaja membahayakan nyawa penunggang motosikal itu sendiri malah pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 


Dalam operasi tersebut, 170 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.

 


Antara kesalahan yang dikesan adalah melanggar lampu isyart, lesen tamat tempoh, tidak memakai topi keledar, tidak memiliki lesen memandu dan pelbagai kesalahan lain.

 


"116 saman dikenakan terhadap motosikal selain 39 saman bagi kereta manakala lima untuk lori dan lain-lain kenderaan," katanya.

 


Menurutnya, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 


Bakri turut berkata bahawa pihak polis akan sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pengguna jalan raya melakukan kesalahan lalu lintas.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Turus Zon Tengah B, ASP Amir Che Ya turut dibantu…
Berita Domestik
  "Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790…
Informasi
  “Semalam (Isnin), 24 April sebanyak 1551 kes kemalangan berlaku melibatkan 2,327 kenderaan, yang…