Menurut kenyataan JPS, ia adalah berdasarkan makluman ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, di mana terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Berikut merupakan senarai kawasan berisiko terjejas:
Johor
- Johor Bahru (Jelutong, Tanjong, Kupang)
- Pontian (Jeram Btu, Sungai Karang dan kawasan sekitarnya)
Kedah
- Bandar Baharu (Sungai Batu)
- Kulim (Terap)
Negeri Sembilan
- Jelebu (Kenaboi, Glami Lemi serta kawasan sekitarnya)
- Kuala Pilah (Langkap serta kawasan sekitarnya)

Pahang
- Bentong (Sabai serta kawasan sekitarnya)
- Temerloh (Semantan)
Perak
- Larut
- Matang
- Selama (Hulu Selama, Hulu Ijok, Selama)
Selangor
- Hulu Selangor (Ulu Bernam)
- Hulu Langat (Ulu Langat)
"Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut.
Sumber: Astro Awani