Pihak JPJ telah mengesan beberapa iklan menggunakan akaun palsu yang menawarkan lesen tersebut sekaligus menarik perhatian semua pengguna di media sosial.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, "Sindiket ini mengaut keuntungan dengan memperdaya mangsa dan kemudiannya melarikan diri dengan duit yang dibayar kepada mereka."
“Niat tawaran iklan ini adalah tidak baik kerana mengelirukan rakyat bahawa boleh dapat lesen tanpa perlu hadir ke sekolah memandu. JPJ menafikan sekeras-kerasnya perkara ini.”
Menurutnya, pihak JPJ juga akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengesan sindiket tersebut.
Datuk Zailani Hashim turut berkata, “Sindiket berkenaan telah menyedari bahawa mereka dipantau pihak berkuasa maka mereka (sindiket) yang terlibat sering menukarkan pautan setiap empat hingga enam bulan.
“Kami akan berusaha mendapatkan individu yang bertanggungjawab menipu pengguna media sosial dengan taktik ini dan tindakan selanjutnya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKD”
Kegiatan dan sindiket penjualan lesen terbang ini bukan lah satu perkara baharu, aktiviti haram tersebut telah berleluasa sekian lama tanpa ada jalan penyelesaian yang berkesan.
Pada bulan September 2022 yang lepas, 3 rakyat Malaysia telah ditahan di Australia setelah mereka dikesan menggunakan lesen palsu untuk memandu, hal tersebut menjelaskan lagi betapa mudahnya lesen palsu tersebut diperoleh.
Baca: 3 rakyat Malaysia kantoi guna lesen terbang
Sumber: malaysiakini