JPJ-umum tanggalkan pelekat cermin gelap kenderaan segera!

oleh DIANA ISMADI|
Buat masa ini, JPJ hanya akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan dan mengarahkan pemilik atau pemandu kenderaan yang melanggar undang-undang ini untuk menanggalkan pelekat cermin gelap di mana-mana pejabat JPJ negeri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan dibawah KaedahKaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 pindaan 5 Feb 2016, bahawa kadar ketelusan cahaya (VLT);

  • bagi cermin depan adalah 70 peratus
  • cermin sisi pemandu adalah 50 peratus
  • cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang adalah 30 peratus.

 

Pemilik atau pemandu kenderaan akan diberi masa selama 10 hari untuk membawa kenderaan ke mana-mana pejabat JPJ negeri untuk menanggalkan pelekat cermin gelap tersebut.

 

Sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan gagal membawa kenderaan serta menanggalkan pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri, pemilik atau pemandu kenderaan akan;

  • dikompaun maksimum RM300 mengikut seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dalam sabitan yang pertama
  • didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan
  • sekiranya sabitan kali kedua atau seterusnya, akan didenda tidak melebihi RM4000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.