JPJ: Ujian memandu tanpa pegawai JPJ di sebelah calon akan bermula Jun ini

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara bermula Jun depan.


Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

"Apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon," katanya.



Menurutnya, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.

 

"Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan," katanya.



Beliau berkata, bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis.

"Kita akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPJ di sini hari ini.


Sementara itu menyentuh mengenai isu cermin gelap kenderaan, Shaharuddin berkata, JPJ memutuskan untuk mengeluarkan saman terhadap pemandu saja berbanding sebelum ini pemilik turut dikenakan tindakan sama.



"Penguatkuasaan akan berterusan cuma pemandu sahaja dikenakan saman.



"JPJ akan mengeluarkan Notis 61(1) Akta JPJ untuk mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan dalam tempoh 10 hari," katanya.

 

 

Careta pernah memaklumkan tentang perkara ini pada tahun 2018, nampaknya pengujian yang dijalankan berkesan.  Artikel tersebut boleh didapati di pautan ini: https://careta.my/article/lesen-kopi-o-bakal-tumbang-kerana-ujian-elektronik

 

 

Sumber: Astro Awani

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 9 pagi…
Berita Domestik
Beliau berkata, lori paling berat yang ditahan dalam operasi itu adalah membawa muatan 'pilling'…
Berita Domestik
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, operasi itu dilaksanakan hasil…