JPJ tunggu lampu hijau, kuat kuasa CRS

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunggu 'lampu hijau' daripada Kementerian Pengangkutan untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata sehingga kini pihaknya hanya melaksanakan tindakan secara advokasi iaitu memberi nasihat terhadap pengguna jalan raya yang tidak menggunakan kerusi berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata setakat ini, JPJ sudah mengeluarkan 1,897 notis peringatan terhadap pengguna jalan raya bermula awal tahun ini sehingga 30 Jun lalu.

 

"Kerusi keselamatan kanak-kanak atau 'Child Restraint System' ini termasuk dalam Akta JPJ 1987 dan sepatutnya pelaksanaannya pada Jun tahun ini, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh lain oleh pihak kementerian.

 

"Ia tertangguh akibat penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan CRS ini akan dilakukan apabila JPJ menerima arahan selanjutnya daripada kementerian," katanya kepada Bernama di ibu pejabat JPJ, di sini, hari ini.

Katanya, statistik pada 2016 hingga 2018 menunjukkan sebanyak 1,707 kemalangan berlaku membabitkan kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

 

"Kemalangan berkenaan kebanyakannya membabitkan kanak-kanak seusia bayi hingga mereka yang berumur 15 tahun berdasarkan sumber Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman," katanya.

 

Dalam pada itu, Shaharuddin menasihatkan masyarakat terutama pengguna jalan raya tidak bersikap sambil lewa terhadap isu ini.

 

"CRS ini penting kepada kanak-kanak memandangkan mereka terutama bayi amat mudah terdedah kepada kecederaan serius kerana mempunyai otot bahagian tengkuk yang lemah berbanding orang dewasa," katanya.

 

Tahun lalu, kerajaan mengumumkan penggunaan CRS di dalam kenderaan persendirian bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak daripada kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Langkah baharu itu juga susulan statistik membimbangkan iaitu 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.

 

Bagaimanapun, tiada saman dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang bersifat mendidik terlebih dahulu.

 

-Ramai juga para ibubapa yang tidak bersetuju dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan mempertikaikan saiz kenderaan mereka yang tidak bersesuaian, kami di Careta faham akan keadaan ini dan para petugas di sini berharap anda dimurahkan rezeki dan terbuka hati untuk tidak mengabaikan keselamatan anak-anak yang telah di amanahkan kepada kita. 

 

BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  MIROS dalam kenyataan hari ini (Sabtu) telah memaklumkan program rebat pembelian kerusi…
Informasi
Menurut Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kanak-kanak yang mempunyai ketinggian…
Berita Domestik
  Katanya, kementerian juga sedang merangka cara penyelesaian jangka panjang yang dapat melindungi…