JPJ - Tidak sampai 20 peratus bayar kompaun kadar rata

oleh Penyumbang Rencana|
foto JPJ Kelantan
Tidak sampai 20 peratus pemandu yang disaman membuat pembayaran Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (flat rate) yang ditawarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 3 Januari lalu.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Kifli Ma Hassan berkata, masih ramai yang belum membuat pembayaran ke atas tiga kesalahan yang ditawarkan jabatan berkenaan, iaitu saman Awas (Saman 53A), Notis 114 (notis panggilan temu siasat) dan Notis 115/Notis JPJ (P 23).

Beliau menasihati pemandu yang terlibat dengan saman tersebut agar tidak bertangguh untuk membuat pembayaran di saat akhir.

“Jangan memilih di saat akhir kerana kemungkinan akan berlaku kesesakan dalam talian di kaunter pembayaran atau kiosk,” katanya ketika mengetuai operasi sempena Hari Raya Aidiladha pada Jumaat.

Beliau memaklumkan bahawa semua saluran telah dibuka bagi memudahkan pembayaran kompaun tersebut, termasuk aplikasi MyJPJ, kiosk dan kaunter Mobile.

Bagaimanapun, katanya, ramai pengguna lebih memilih untuk membuat bayaran melalui aplikasi MyJPJ.

“Alhamdulillah, banyak bayaran dilakukan melalui aplikasi itu dan pencapaian setakat ini adalah membanggakan,” katanya.

Sehingga 5 Jun (Rabu), sebanyak 374,024 saman telah dibayar dengan jumlah kutipan melebihi RM56 juta, melibatkan 347,326 saman Awas, 21,538 saman untuk Notis 114 dan 5,160 saman untuk Notis 115, katanya lagi.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sehingga Isnin, hanya 442,870 saman diselesaikan menerusi tawaran bayaran Flat Rate yang…