JPJ - Tiada sekatan jalan raya sepanjang Op Bersepadu Tahun Baharu Cina

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tiada sekatan jalan raya akan dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Op Bersepadu bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramly.


Bercakap kepada pemberita selepas kempen advokasi keselamatan jalan raya sempena perayaan itu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Jumaat, beliau berkata ia bertujuan mengelakkan kesesakan trafik berikutan pertambahan jumlah kenderaan semasa cuti perayaan berkenaan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

 

Beliau berkata JPJ bagaimanapun akan mengerakkan 2,000 pegawai dan anggota untuk melaksanakan rondaan bersasar di kawasan hotspot kemalangan selain mengambil tindakan ke atas pemandu yang memandu secara berbahaya.

 

Selain itu, beliau berkata JPJ juga akan membuat penyamaran sebagai penumpang di dalam beberapa buah bas terpilih di seluruh negara bagi memantau tahap pematuhan pemandu terhadap aspek keselamatan jalan raya sepanjang perjalanan.

 

"Sekiranya didapati ada kesalahan dilakukan oleh pemandu bas seperti yang tersenarai di bawah tujuh kesalahan utama Op Bersepadu kali ini, tindakan akan diambil terhadapnya dan pengusaha bas berkenaan.

 

"Mana-mana pemandu yang dikenakan tindakan saman atau kompaun melibatkan tujuh kesalahan tersebut akan dikenakan mata demerit di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang boleh menyebabkan lesennya digantung atau dibatalkan," katanya.

 

Tujuh kesalahan itu melibatkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

 

Aedy Fadly berkata selain itu, pemeriksaan ke atas bas di 77 depoh serta 28 terminal utama seluruh negara juga akan dilaksanakan, merangkumi aspek pemeriksaan teknikal bas ekpres selain melakukan saringan urin bagi memastikan pemandu bebas daripada pengaruh dadah.

 

Op Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina dilaksanakan di seluruh negara bermula Rabu lepas (18 Jan) sehingga 28 Jan.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jumlah kematian direkodkan adalah 134 kes berbanding 119 kes tahun sebelumnya, menunjukkan…
Berita Domestik
  Operasi Penguatkuasaan Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2023 yang telah bermula pada 18 dan akan…
Berita Domestik
  Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan pendekatan advokasi dan…