JPJ - Tiada istilah lesen tanpa ujian! Promosi di TikTok satu penipuan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan tiada istilah lesen memandu tanpa ujian sebagaimana yang dipromosikan pihak tertentu di media sosial.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Operasi JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, sebaliknya berkata mereka yang memohon untuk mendapatkan lesen perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Katanya, JPJ turut menyedari terdapat pihak tertentu mempromosikan lesen tanpa ujian di media sosial terutama di TikTok.

"Perkara ini memang dalam pengetahuan kami dan saya tegaskan di sini tiada istilah lesen tanpa ujian. Semua kena ikut prosedur yang ditetapkan.

"Apa yang dipromosikan di media sosial itu adalah satu penipuan dan kami sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Kami berharap tiada yang tertipu dengan promosi berkenaan dan saya sentiasa mengingatkan perkara ini kepada masyarakat," katanya pada sidang media selepas Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baru Cina (Ops TBC 2026) di Terminal Bas Lembah Sireh, di Kota Bharu pada Isnin.

Beliau berkata setakat ini belum ada mangsa yang hadir memaklumkan menjadi mangsa penipuan.

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sebanyak 443 motosikal…
Berita Domestik
"Pada hari ini sebanyak 126 kenderaan telah diperiksa manakala yang diambil tindakan membabitkan 11…
Berita Domestik
"Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil serius isu yang tular berkaitan sekumpulan petugas kempen…