JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel sepanjang Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina bermula 1 Februari hingga 13 Februari 2024.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata kesalahan tertinggi yang dilaporkan menerusi MyJPJ e-aduan@JPJ dan e-mel [email protected] itu ialah menggunakan laluan kecemasan, melanggar lampu isyarat serta memotong di garisan berkembar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kita (JPJ) akan keluarkan notis temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dalam tempoh tiga hari waktu bekerja kepada pemilik yang dikenal pasti supaya hadir ke pejabat JPJ untuk prosedur serta penyelesaian kes.

"Mana-mana pemilik yang gagal hadir dalam tempoh 14 hari notis Seksyen 114 dikeluarkan, pemilik akan dikenakan saman P (22). Sekiranya gagal menjelaskan dalam tempoh yang ditetapkan termasuk gagal hadir ke mahkamah, mereka akan disenarai hitam," katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas meninjau Op Khas Bulan Perayaan Tahun 2024 JPJ Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, yang turut dihadiri Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan.

Mengulas tentang Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina, Lokman berkata JPJ mengeluarkan 27,339 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan operasi itu di seluruh negara.

Beliau berkata lebih 72 peratus kesalahan yang direkodkan terhadap pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju dengan 19,722 notis dikeluarkan.

"Kesalahan melanggar lampu isyarat melibatkan 4,283 notis, tidak memakai topi atau tali pinggang keledar (1,700), muatan berbahaya (681), memandu di lorong kecemasan (277), menggunakan telefon bimbit (263), memotong barisan (190), memotong garisan berkembar (171) dan memandu kenderaan berat di laluan laju (42)," katanya.

Menurut Lokman operasi berkenaan menumpukan terhadap penunggang motosikal dan penguatkuasaan sembilan kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan.

"Operasi di Perak sahaja setakat semalam kita telah memeriksa 3,038 kenderaan dan sebanyak 780 notis P22 (notis arah periksa) telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.

"Kita juga telah menyita 51 kenderaan yang kebanyakannya melibatkan motosikal kerana penunggang tidak memiliki lesen memandu yang sah, lesen kenderaan motor (LKM) serta insurans tamat tempoh," katanya.

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…