JPJ Terengganu peroleh RM369,100 hasil lelongan 47 kenderaan sita

oleh SALINA JALIL|
JPJ negeri Terengganu memperoleh hasil lelongan kenderaan sita berjumlah RM369,100 apabila 47 kenderaan termasuk 16 kereta, 28 motosikal, dua van dan sebuah lori kecil dilelong dalam tempoh tiga jam bermula 9 pagi.


Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, sambutan diterima amat menggalakkan apabila 100 buku lelongan habis dijual dalam tempoh tiga jam sahaja dan pihaknya terpaksa menambah cetakan 100 lagi buku lelongan bagi memenuhi permintaan pembida.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Bidaan paling tinggi adalah kereta Subaru Impreza bernilai RM47,000 manakala bidaan terendah ialah motosikal Modenas Kriss dengan harga RM50.

 

"Semua pembida yang berdaftar secara sah diberi peluang untuk melihat sendiri kenderaan dilelong di kandang kenderaan sita di JPJ negeri.

 

"Siri lawatan kenderaan sita dikendalikan Mir Khairol Hafizal dan pembida melihat sendiri kenderaan bagi memudahkan mereka membuat penilaian harga sebelum menyertai majlis lelongan itu," katanya.

 

Dalam masa yang sama, seorang pembida yang berhasrat membeli kenderaan dilelong pulang kehampaan selepas buku lelong dibeli dengan 'orang tengah' tidak disahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam.

 

Pembida itu bukan sahaja tidak dapat menyertai lelongan awam kenderaan sita, malah kerugian RM200 apabila diperdayakan orang tengah yang menjual buku lelongan dengan harga RM200 senaskhah, sedangkan harga asal ditawarkan JPJ hanya RM70.

 

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin turut berkata, pihaknya tidak pernah melantik individu lain untuk berurusan dengan JPJ terutama membabitkan penjualan buku lelongan.

 

"Kami terpaksa menolak permohonan itu kerana pembida yang mahu membeli kenderaan lelong itu tidak berdaftar kerana membeli buku lelongan daripada orang tengah.

 

"Pembida itu berjumpa dan membuat rayuan, tetapi permohonannya tidak dapat dipertimbangkan kerana semakan dilakukan melalui sistem mendapati dia tidak berdaftar secara sah untuk menyertai lelongan kenderaan sita," katanya.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  135 kenderaan yang disita JPJ Selangor telah dilelong setelah mendapat arahan lucut hak daripada…
Berita Domestik
  “Keseluruhan 100 kenderaan sita telah dilelong hari ini (9 Oktober). Daripada jumlah itu, 34…
Berita Domestik
  Beliau turut berkata bahawa, "antara kenderaan terbabit, salah satu darinya adalah sebuah Mini…