JPJ Terengganu kutip RM1.031 juta dalam tempoh 11 hari

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Kosmo
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu memperolehi RM1.031 juta daripada transaksi tanpa tunai dalam tempoh 11 hari bermula 1 Julai lalu.


Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kesemua hasil itu dikutip menerusi urusniaga tempahan online di pejabat dan kiosk agensi tersebut di seluruh negeri ini.


“Kesemua hasil RM1.031 juta berkenaan meliputi hasil kutipan di kaunter sebanyak RM665,333 manakala RM366,614 pula hasil di kiosk.

 

“Ia didapati daripada transaksi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), pembayaran saman, memperbaharui cukai jalan kenderaan perdagangan, lesen vokasional (PSV/GDL), tukar hak milik dan lain-lain urusan yang tidak dapat dilakukan secara online,” katanya semalam.

 

Terdahulu beliau ditemui ketika memantau cawngan JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu di sini.

 

Zulkarnain memberitahu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh, sebarang urusan di pejabat dan kaunter JPJ di seluruh negeri ini dilakukan secara janji temu berjadual.

 

 

 

-K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita lihat ramai orang mahu mendapatkan perkhidmatan JPJ ini seperti pembaharuan lesen memandu…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata susulan itu, sebuah…
Berita Domestik
  "Masalah ini biasa berlaku disebabkan pelanggan tidak dapat menempah slot janji temu dalam…