JPJ sita Ford Ranger, empat tahun tanpa cukai jalan

oleh Penyumbang Rencana|
foto JPJ Negeri Kedah
Sebuah pikap Ford Ranger disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan melakukan beberapa kesalahan serius dalam operasi penguatkuasaan di Kilometer 6 Jalan Lencongan Timur-Taman Sejati, di Sungai Petani, petang Rabu.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, berkata kenderaan yang dipandu lelaki tempatan itu ditahan jam 4.15 petang Rabu untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan mendapati pemandu terbabit tiada lesen memandu, malah kenderaan itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sudah pun tamat tempoh sejak tahun 2022.

"Semakan lanjut turut mendapati pemandu berkenaan mempunyai 14 rekod notis saman JPJ yang masih belum dijelaskan, menyebabkan namanya telah disenarai hitam.

"Susulan itu, kenderaan berkenaan telah disita dan dibawa ke Stesen Penguat Kuasa JPJ Kuala Ketil untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

JPJ Negeri Kedah

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, anggota penguat kuasa mengesan beberapa pemandu warga asing berusia lingkungan 30…
Berita Domestik
JPJ Kedah dalam satu kenyataan berkata, hasil semakan mendapati pemandu lelaki tempatan itu gagal…
Berita Domestik
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa…