JPJ Selangor - Rekod kesalahan tertinggi adalah langgar lampu merah

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Tidak mematuhi lampu isyarat merah merupakan kesalahan tertinggi sepanjang empat hari pelaksanaan operasi khas sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.

Kata Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, kesalahan itu merekodkan 121 notis saman yang dikeluarkan sepanjang pelaksanaan operasi berkenaan.

“Sepanjang operasi yang berlangsung dari 24 Mac hingga hari ini, JPJ telah mengesan kesalahan paling tinggi iaitu melanggar lampu isyarat merah.

“Selain itu, antara kesalahan lain termasuklah menggunakan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

‘Pelbagai alasan diberikan antaranya mereka kata nak cepat dan tidak sabar semasa menunggu giliran di simpang serta tidak sedar lampu sudah bertukar merah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika operasi di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil arah selatan pada Jumaat.

‘Kami juga ada menghantar anggota-anggota untuk buat pemantauan dan kami juga ada membuat penyamaran di tempat-tempat tertentu untuk memastikan bahawa mereka patuh kepada arahan dan undang-undang,” katanya lagi.

Ops HRA kali ini memberi tumpuan pelaksanaan Objektif Strategik Penguatkuasaan ketiga dan keempat iaitu memastikan kelancaran pengangkutan awam dan larangan pemanduan kenderaan barangan serta kesalahan berjadual.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya akui kadangkala terpaksa melanggar lampu merah kerana perlu cepat sampai dan terdapat…
Informasi
"Siasatan mendapati tiada kemalangan berlaku ketika kejadian. "Namun rakaman video kamera papan…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai sedang menyeberang jalan di…