JPJ - Scammer guna media sosial iklan lesen memandu murah, mudah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan kegiatan sindiket penipuan (scammer) di media sosial termasuk Facebook dan Telegram yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu tidak mengikut syarat ditetapkan serta tidak sah di sisi undang-undang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha berkata, terdapat beberapa modus operandi digunakan sindiket itu yang menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan pelbagai kaedah pujukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian dan boleh didapati dalam tempoh singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.

"Orang ramai diminta berhati-hati dengan sindiket penipuan pengeluaran lesen memandu secara tidak sah ini yang menggunakan pelbagai kaedah komunikasi bagi mempengaruhi pemikiran mereka,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Rospiagos berkata, memiliki lesen tidak sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta 333 dan memandu tanpa lesen yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga terdedah kepada risiko kemalangan yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Beliau berkata, JPJ bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengesan pemilik akaun di media sosial yang menawarkan dan menjalankan penipuan tersebut, bagi tindakan lanjut.

"Orang ramai diseru memberikan maklumat atau menyalurkan aduan sekiranya terdapat sindiket di media sosial yang cuba menawarkan promosi pengeluaran lesen secara mudah dan murah tetapi tidak mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, bagi mereka yang berhasrat mendapatkan lesen memandu secara sah boleh menghubungi Institut Memandu (IM) berhampiran yang berdaftar dengan JPJ kerana lesen memandu yang adalah mengikut tatacara dan prosedur latihan serta ujian memandu kompeten ditetapkan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Isu itu menyebabkan imej syarikat dan perniagaan mereka tercalar sehingga menimbulkan kebimbangan…
Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…
Informasi
  “Hati-hati, sebenarnya banyak ‘page-page’ Facebook palsu menyiarkan iklan-iklan ini. Bila kita…