JPJ sasar kutipan hasil RM5 bilion hujung tahun ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil lebih RM5 bilion hingga hujung tahun ini.


Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata jangkaan itu berdasarkan beberapa program serta inisiatif pendigitalan yang dilancarkan oleh jabatan itu baru-baru ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

 

Beliau berkata hasil kutipan terbesar JPJ setiap tahun disumbangkan oleh cukai jalan dan proses pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) iaitu lebih 60 peratus.

"Tahun lepas kita berjaya kutip RM4.92 bilion, tahun ini kita yakin mampu kutip lebih RM5 bilion mengambil kira inisiatif dan program pendigitalan yang dilancarkan JPJ untuk masyarakat.

"Kutipan hasil JPJ adalah antara tertinggi negara selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalau ikut statistik tahun lepas, kita berjaya kutip purata RM11 juta sehari," katanya selepas merasmikan Rumah Kios dan Sambutan Aidilfitri Peringkat JPJ Terengganu di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin.

Zailani berkata setakat ini terdapat 201 Rumah Kios JPJ di seluruh negara dan hingga kini sebanyak RM120.7 juta hasil berjaya diperoleh menerusi perkhidmatan tersebut.

Selain itu, beliau berkata hingga 12 Mei lepas, seramai 9,564 pemilik lesen telah memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh maksimum 10 tahun.

"Pelaksanaan inisiatif ini yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri (Anthony Loke) amat memudahkan dan mendapat sambutan baik dari rakyat.

"Selain dapat memperbaharui lesen untuk tempoh 10 tahun sekali gus, mereka juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerana memperoleh diskaun bayaran 10 peratus," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
JPJ juga menyita 551 kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut…
Berita Domestik
2,518 unit melibatkan Perodua Alza (varian X,H,AV) dan 1,139 unit Perodua Aruz (varian X,AV) dengan…
Berita Domestik
"Mengikut seksyen ini, mereka yang didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman termasuk denda antara…