JPJ Pulau Pinang: OPS e-hailing, kereta sapu, dan aduan awam

oleh SALINA JALIL|
Berdasarkan aduan dan risikan yang diterima, unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan kawasan aduan awam di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang pada 21 Februari lalu.

Modenas

 

Unit penguatkuasa JPJ telah mengambil tindakan ke atas pemandu kenderaan e-hailing, kereta sapu, bas pekerja, persiaran dan bas ekspress di atas pelbagai kesalahan jalan raya dan lalu lintas.

 

Di antara kesalahan yang dikesan adalah meletak kenderaan dan menunggu di tempat tidak dibenarkan di balai ketibaan lapangan terbang, menjalankan perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali dan meletak kenderaan ditempat tidak dibenarkan di taman-taman perumahan.

 

Operasi ini akan diadakan secara berterusan dan tindakan akan diambil kepada pemandu atau pemilik kenderaan yang ingkar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi kepentingan awam .

 

 

Sumber: JPJ 

 

bas

 

ehailing

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kenyataan JPJ hari ini menyebut bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula, pembaharuan secara dalam …
Berita Domestik
“Hari ini banyak kenderaan mewah klon yang akan kita lelong. Kenderaan-kenderaan yang terbabit kes…
Hezeri Samsuri
Isu ini kecoh bila media menggunakan tajuk sensasi berkaitan Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil…