JPJ Pulau Pinang lelong 96 kenderaan, bidaan tertinggi Honda Integra RM37,000

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengutip kira-kira RM1.45 juta hasil lelongan 96 kenderaan sita yang dilupuskan, semalam.

Proses lelongan awam bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dihadiri 148 pembida.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan proses lelongan itu dibuat terhadap 96 kenderaan yang disita atas kesalahan tidak didaftarkan mengikut Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Daripada jumlah itu, 94 daripadanya boleh dilesenkan, manakala dua lagi kenderaan tidak boleh dilesenkan (skrap).

 

"Antara model kenderaan yang dilelong ialah Honda Accord, Toyota Camry, Mazda 6, Mercedes Benz dan BMW serta kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey, Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis selain motosikal dan van," katanya dalam kenyataan, di Pulau Pinang semalam.

 

Katanya, bidaan paling tinggi membabitkan kereta Honda Integra pada pada harga RM37,000 manakala motosikal Honda CB400 pula dibida pada harga RM12,000.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Sasaran bidaan nombor plat kenderaan UN ini adalah sebanyak RM4 juta. Ia akan dimanfaatkan…
Informasi
  “Sehingga Oktober ini, sebanyak 124 siri nombor pendaftaran telah diperkenalkan melalui sistem e…
Berita Domestik
  Katanya, kerajaan melalui JPJ meluaskan pelaksanaan JPJeBid ke JPJ Kelantan untuk bidaan bagi…