JPJ Perlis: Tahan, sita serta saman kenderaan dari Thailand

oleh SALINA JALIL|
JPJ Negeri Perlis telah mengadakan Operasi Khas Kenderaan Thailand pada 14 Februari yang bertujuan memastikan semua kenderaan asing yang memasuki negara ini mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah di tetapkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ops Khas yang di jalankan bermula jam 4 petang hingga 6 ptg tersebut telah diketuai oleh Tuan Mahazir bin Abd Majid , Timbalan Pengarah JPJ Perlis yang melibatkan lima pegawai dan 24 orang anggota penguatkuasa dan memfokuskan kepada kesalahan Tiada ICP ( International Circulation Permit ), Gagal Patuhi ICP , No Pendaftaran , Cermin Gelap serta pelbagai kesalahan yang lain.

 

Sebanyak 10 buah kenderaan Thailand telah ditahan dan dibawa ke pejabat untuk tindakan lanjut.

 

24 notis saman telah dikeluarkan kepada kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan dan kesemua pemandu kenderaan tersebut perlu menyelesaikan bayaran kompaun dan saman tertunggak serta merta sebelum dilepaskan.

 

Sebanyak empat buah kenderaan telah disita akibat gagal menyelesaikan bayaran tertunggak. Hasil operasi ini, pihak JPJ berjaya mengutip bayaran kompaun sebanyak RM23,800 dengan jumlah kompaun tertinggi sebanyak RM7,800.

 

Operasi Khas ini merupakan sebahagian daripada operasi terancang bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan Thailand tidak menyalahguna permit ICP yang dikeluarkan.

 

Careta berharap JPJ Johor turut menyontohi operasi ini kerana pemilik dan pemandu dari negara selatan berkemungkinan besar lebih ramai yang masih belum menjelaskan saman serta kompaun.

 

jpj

Sumber: JPJ 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…