JPJ Perlis sita kenderaan klon

oleh SALINA JALIL|
Hasil Pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa JPJ Perlis yang menjalankan Ops Patuh di KM 1 Jalan Hospital Tengku Fauziah, Kangar , diketuai oleh Pemeriksa Kereta Motor (AB29) Mohd Shahrizal Md Ali bersama tiga anggota yang lain mendapati kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita disyaki kenderaan klon.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Pemeriksaan lanjut mendapati wanita tersebut memandu kenderaan tanpa lesen dan cukai jalan kenderaan tersebut telah tamat tempoh.

 

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, setelah pihaknya menjalankan Pemeriksaan ke atas nombor chasis kenderaan tersebut mendapati status dan maklumat kenderaan itu tidak wujud di dalam sistem Mysikap jabatan ini.

 

Sehubungan itu pemandu tersebut turut dikenakan saman bagi kesalahan dibawah Seksyen 7(1), 108(3) dan 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ), iaitu kesalahan menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan, mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain, mempamerkan Lesen Kenderaan Motor Kenderaan lain dan Tiada Perlindungan Insuran.

 

Jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum denda lima ribu ringgit sehingga dua puluh ribu ringgit bagi setiap kesalahan dibawah akta yang sama.

 

klon

 

 

sumber: JPJ Perlis

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Operasi Khas hari ini memfokuskan aktiviti penangkapan sindiket yang membawa masuk kenderaan…
Berita Domestik
  Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik berdaftar kenderaan di Miri, Sarawak, penguat…
Berita Domestik
  Dalam satu sidang media, Azmi berkata, nilai rampasan menjangkau sekitar RM3 juta.   "Satu kes…