Hal ini pastinya akan menyusahkan diri sendiri dan pihak lain jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Pada zaman teknologi ini, pemasangan dashcam bukan lagi satu perkara yang sunat dilakukan, ia memang wajib dibuat oleh semua orang.
Tidak kira kereta murah, mahal, atau pura-pura mahal, rakaman dashcam itu penting untuk merekodkan sebarang kejadian yang berlaku di atas jalan raya, seperti buli, pemanduan di bawah pengaruh alkohol, dan sebagainya.
Untuk memudahkan urusan orang ramai membuat aduan berhubung sebarang kesalahan dan kemalangan yang berlaku, pihak JPJ telah melancarkan aplikasi mudah alih JPJ Info.

Aplikasi ini bertujuan untuk menjadi suatu medium, yang memudahkan aduan disalurkan kepada JPJ bagi tujuan tindakan lebih pantas serta lebih efisien.
Bagi orang awam yang mempunyai sebarang bukti atau rakaman tentang kesalahan yang direkodkan, mereka boleh memuat naik gambar atau video dan memaklumkan maklumat tambahan melalui aplikasi ini pada bahagian e-Aduan.
Selain daripada aduan, JPJ Info juga mempunyai beberapa ciri lain yang berguna, seperti pemeriksaan lesen kenderaan, menyemak saman, menyemak lesen memandu dan lain-lain.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store.