JPJ Perak lelong 69 kenderaan termasuk 27 kereta klon

oleh Penyumbang Rencana 2|
Sebanyak 27 kereta mewah klon model Mini Cooper, Toyota Alphard, Honda Integra dan Honda Odyssey antara 69 kenderaan sita yang di lelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Mohammad Yusof Abustan berkata, Lelongan Awam Kenderaan Sita Bil 2/2020 itu berjaya mengutip keseluruhan hasil lelongan lebih RM700,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Hari ini banyak kenderaan mewah klon yang akan kita lelong. Kenderaan-kenderaan yang terbabit kes diklon ini telah melalui proses siasatan, pemeriksaan, pembetulan pendaftaran kenderaan klon yang ditahan sebelum ia dilelong selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah.

“Kesemuanya kereta klon ini dirampas dalam operasi kita sebelum ini  dan kita jangkakan ramai yang akan membida kenderaan-kenderaan ini,” katanya kepada media selepas program lelongan berkenaan di JPJ Negeri Perak, di Jalan Kompleks Sukan, Ipoh.

pengarah jpj sedang meniliti mini cooper yg telah dilelong

Menurut Mohammad Yusof, kesemua kereta klon tersebut yang dirampas dalam operasi sitaan sejak 2015 di bawa masuk dari Singapura dan Thailand.

Mohammad Yusof berkata, turut dilelong ialah 15 motosikal, 51 kereta, dua van, dua lori dan sebuah bas. Walaubagaimana pun jumlah terlelong adalah 69 daripada jumlah tersenarai iaitu 71 kenderaan.

 

kereta lelong bidaan tertinggi

“Bidaan tertinggi pada majlis ini adalah kereta jenis Honda Odyssey yang dibida pada harga RM35,000."

“Sementara, kutipan bidaan terendah adalah kereta model Proton Iswara yang dalam dkereta kategori ‘scrap’ atau barang lusuh yang dibida pada harga RM100 sebuah,” katanya.

Katanya, kenderaan yang lain yang dilelong ialah kenderaan dengan cukai jalan serta insuran tamat tempoh dan tidak dituntut dan telah mendapat lucut hak kenderaan daripada mahkamah.

antara pembida yg hadir di jpj hari ini

Mohammad Yusof berkata, seramai 110 pembida yang telah mempunyai dokumen lelongan kenderaan berharga RM70 hadir membuat bidaan.

 

Video sesi lelongan kenderaan boleh dilihat di sini:

 

 

 

 

Artikel oleh Hamimah Hamid / Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…