JPJ Perak dapat RM1.32 juta hasil lelong kenderaan sita

oleh HEZERI SAMSURI|
Majlis Lelongan Awam Kenderaan Sita anjuran JPJ Perak tadi berjaya mengumpul hasil jualan RM1.32 juta.

Ini tidak termasuk hasil kutipan buku lelong sebanyak RM19,810 yang terjual sejak 10 Mac lalu.

Kesemua 103 kenderaan sita yang dilelong itu habis dibida pada jam 4 petang. Lelongan bermula pada jam 9 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari jumlah kenderaan tersebut, hanya 90 unit yang masih boleh dibenarkan untuk kegunaan jalanraya awam sementara 13 unit lagi hanya boleh dijadikan besi buruk untuk alatganti.

Dua kereta tidak terjual kerana harga yang dibawah paras bidaan minimum.

Bidaan tertinggi ialah sebuah Honda Integra pada harga RM35,000 sementara motosikal untuk dijadikan besi buruk dilelong pada harga RM50 sebuah.

Sebanyak 81 buah kereta, 20 motosikal, tiga van dan sebuah lori yang dilelong hari ini.

Wakil pemerhati dari SPRM turut hadir untuk membuat pantauan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ya, kini orang ramai berpeluang untuk membeli Ford Mustang 2002 yang merupakan salah satu…
Berita Domestik
"Dalam tempoh sebulan diadakan operasi, sebanyak 23 kambing biri-biri, 10 lembu dan seekor kuda…
Berita Domestik
  “Selepas tindakan diambil, pemilik boleh menuntut semula kenderaan masing-masing. “Bagaimanapun…