JPJ PANTAU INDIVIDU BEERHENTI DI LALUAN KECEMASAN

oleh Hamimah Hamid|
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menempatkan anggotanya di beberapa lokasi tumpuan percutian bagi memastikan tidak ada pihak yang sengaja berhenti dan berkumpul di laluan kecemasan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata, antara lokasi panas pemantauan ialah di Genting Highlands, Pahang; Port Dickson di Negeri Sembilan dan laluan ke utara yang sering menjadi pilihan untuk berkonvoi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kita akan pastikan anggota JPJ berada di kawasan hot spot pusat percutian dan peranginan di seluruh negara dan kita akan pantau. Jika ada yang berhenti di laluan kecememasan tanpa sebab tindakan akan diambil.

“Semua penunggang motosikal dan sesiapa juga yang pergi bercuti tu diminta mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar di kawasan tersebut. ”.

Menurut Aedy Fadly, penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berkonvoi semasa cuti perayaan tahun baru cina diingatkan tidak berkumpul di lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Tegas beliau, tindakan itu boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain dan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 53(1) ln 166/59 Peraturan-Peraturan Lalulintas.

Katanya, JPJ akan memantau bagi mengelakkan kejadian berkumpul di lorong kecemasan seperti yang tular baru baru ini berulang.

Aedy Fadly berkata demikian kepada media selepas Operasi Bersepadu Tahun Baru Cina Tahun 2022 di KM 1, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highland hari ini.

Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook sekumpulan individu daripada Kelab Kereta FCCM-FC Club Malaysia memberhentikan kereta di lorong kecemasan di Jalan Temiang-Pantai di Nilai.

Kumpulan terdiri daripada 48 buah kereta terbabit telah berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan terbabit bagi mengambil gambar kira-kira pukul 6.30 petang, Sabtu lalu.