JPJ pantau 288 'tompok panas' kemalangan sepanjang Aidilfitri

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Sebanyak 288 'tompok panas' kemalangan jalan raya di seluruh negara yang dikenal pasti akan diberi tumpuan sepanjang perayaan Aidilfitri.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya akan meningkatkan rondaan di kebanyakan lokasi berkenaan selain menempatkan anggota di kawasan berisiko.

"Saya sudah arahkan semua kenderaan penguat kuasa JPJ berada di atas jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri (untuk penugasan oeprasi).

"Tiada satu pun akan berada di pejabat," katanya pada program Ihya Ramadan Akrab JPJ dan Komuniti di Terminal Bas Seksyen 17 di Shah Alam pada Jumaat.

Katanya, pemasangan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) juga banyak membantu meningkatkan pematuhan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan termasuk di kawasan Terowong Menora, Perak.

"Operasi memberi tumpuan kepada sembilan kesalahan utama termasuk tidak mematuhi had laju, melanggar isyarat lalu lintas termasuk lampu merah dan memotong di garisan berkembar.

"Selain itu, membawa lebihan muatan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya.

Katanya, pihaknya juga akan terus melaksanakan pemeriksaan mengejut di terminal bas selain penyamaran anggota dalam bas ekspres bagi menjamin keselamatan penumpang.

Menurutnya, larangan pemanduan kenderaan barangan akan dikuatkuasakan selama empat hari iaitu pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac ini.

Beliau berkata,JPJ turut mempergiatkan Operasi Hari Raya Aidilfitri selama dua minggu bermula hari ini membabitkan hampir 3,000 anggota ditugaskan di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dua laluan utama sempadan negara, iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu…
Berita Domestik
“Pendekatan ini diambil supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan…
Berita Domestik
“Bukit Aman memandang serius isu ini, terutama di beberapa negeri yang dikenal pasti sebagai lokasi…