JPJ Negeri Selangor sita 16 buah kenderaan warga asing

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menyita 16 buah kenderaan menerusi Op Pewa (pemandu warga asing) di Paya Jaras, di sini pada Selasa.


Pengarah JPJ Negeri Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, operasi bermula jam 10 pagi dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) itu memeriksa sebanyak 119 buah kenderaan pelbagai jenis.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

 

Menurutnya, hasil pemeriksaan, 16 kenderaan telah disita selain turut mengeluarkan 98 notis kompaun, 60 notis larangan penggunaan kenderaan dan 60 notis arah periksa.


"Kenderaan yang disita melibatkan lapan motosikal roda tiga, empat motosikal, lori (tiga) dan kereta persendirian (satu).

 

"Enam pemandu warga asing terdiri daripada Kemboja (tiga) dan selebihnya warga India, Pakistan serta Bangladesh juga telah ditahan sebelum diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

 

Beliau berkata, Op Pewa ini telah mengesan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, kenderaan tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans selain kesalahan teknikal.

 

Katanya, penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu warga asing dan pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.

 

"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi [email protected] berserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hasil pemantauan dan risikan selama 14 hari mendapati sebuah syarikat EHO yang mengendalikan…
Berita Domestik
  "Sebanyak 1,424 kenderaan telah diperiksa dalam Ops ini yang dijalankan dalam dua fasa iaitu Pra…
Berita Domestik
  Menurut JPJ negeri, penguatkuasaan secara berfokus itu dilakukan di dua daerah iaitu di Seberang…