JPJ nafi keluar nombor pendaftaran siri EE

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menafikan dakwaan pengeluaran dan penggunaan tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri 'EE' seperti dakwaan dalam surat yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah JPJ Datuk, Aedy Fadly Ramli berkata, JPJ ingin menegaskan bahawa tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri 'EE' tidak pernah dikeluarkan, diperkenalkan atau diluluskan oleh jabatan.

Menurutnya, surat kelulusan yang tular di media sosial itu palsu dan satu bentuk penipuan (scam) yang berpotensi mengelirukan serta memperdaya orang awam.

"Hasil siasatan awal mendapati, format dan identiti surat rasmi JPJ digunakan secara tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk penggunaan kepala surat, gaya penulisan dan susun atur yang menyerupai dokumen rasmi JPJ, sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai serta menjejaskan kredibiliti jabatan.

"JPJ memandang serius perkara ini dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, dalam hal ini, JPJ ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau maklumat berkaitan nombor pendaftaran kenderaan yang meragukan, serta sentiasa membuat semakan melalui saluran rasmi JPJ bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sebanyak 443 motosikal…
Berita Domestik
"Pada hari ini sebanyak 126 kenderaan telah diperiksa manakala yang diambil tindakan membabitkan 11…
Berita Domestik
"Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil serius isu yang tular berkaitan sekumpulan petugas kempen…