JPJ nafi cukai jalan naik harga

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyangkal dakwaan kononnya kerajaan akan menaikkan harga Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan, jabatan itu menegaskan tiada sebarang perubahan harga LKM seperti dakwaan yang tular di media sosial ketika ini.

“JPJ ingin menegaskan bahawa harga LKM adalah masih sama seperti sedia ada dan tiada sebarang perubahan harga seperti yang didakwa.

“Sehubungan itu, JPJ menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak benar tanpa merujuk kepada sumber yang sahih,” jelas kenyataan itu hari ini.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan fungsi baharu itu akan memudahkan urusan orang awam…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Negara, baru-baru…