JPJ Melaka lelong 153 kenderaan bermula RM6 hingga RM14,000

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 153 kenderaan pelbagai jenama yang disita tidak dituntut telah dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka bermula pada harga RM6.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, kenderaan yang dilelong membabitkan kenderaan pelbagai jenama termasuk motosikal, kereta, van dan lori menerima sambutan sejak awal pagi semalam.

 

Katanya, kenderaan yang dibida dengan harga nilaian keseluruhan sebanyak RM494,930 menerima sambutan lebih 300 pembida dari seluruh negara termasuk Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Johor serta pelbagai lagi.

 

“Setakat ini kenderaan yang dibida serendah RM6 hingga RM14,000 sedang dilelong membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV), serta pelbagai lagi.

 

“JPJ Melaka menyasarkan kutipan keseluruhan bidaan pada program yang dilaksanakan pada hari ini adalah sebanyak RM2 juta.

 

“Setiap kenderaan yang dilelong merupakan kenderaan yang disita dan tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan malah kebanyakkannya menyalahi kesalahan disebabkan merupakan kenderaan klon,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Lelongan Kenderaan Awam Sita di JPJ Melaka, pagi semalam.

 

Program yang dimulakan sejak sembilan pagi telah menerima sambutan hebat sehingga menyebabkan kesesakan kecil di pejabat berkenaan.

 

Bagaimanapun, program yang diadakan tersebut turut menekankan prosedur operasi standard (SOP) yang ditekankan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

 

 

MK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…