JPJ Melaka: Antara saman yang dikeluarkan adalah pandu pakai selipar sahaja

oleh SALINA JALIL|
Dua pemandu bas ekspres yang memakai selipar ketika memandu, terkejut apabila menerima saman oleh anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka yang berpakaian preman, kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemandu terbabit menerima saman masing-masing selepas kenderaan yang dipandunya tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Sungai Besi dan Terminal Bas Melaka Sentral (TBMS) menerusi Ops Tahun Baru Cina (Ops TBC) yang bermula Ahad lalu hingga 9 Februari ini.

 

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata teknik menyamar sebagai penumpang yang dilakukan penguat kuasa JPJ berjaya mengesan kesalahan dilakukan pemandu bas ekspres pada musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.

 

Malah katanya, menerusi teknik yang digunakan sejak akhir minggu lalu itu, pihaknya mengesan dua lagi kesalahan pemandu bas ekspres yang menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan.

 

“Anggota kami secara bergilir-gilir akan meneruskan teknik ini yang dilihat sangat berkesan untuk mengesan kesalahan dilakukan pemandu bas ekspres, terutama pada musim perayaan,” katanya pada sidang media selepas mengetuai Ops Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina di Jalan Ayer Keroh Lama, di sini hari ini.

 

 

Operasi itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

 

JPJ Melaka menempatkan 56 anggotanya untuk bertugas termasuk menyamar sebagai penumpang bagi mengesan pemandu bas ekspres yang melakukan kesalahan jalan raya menerusi Ops TBC, sepanjang Tahun Baharu Cina ini.

 

Muhammad Firdaus berkata, sejak Ops TBC dilancarkan sehingga semalam, pihaknya menyita satu lori dagangan kerana kesalahan memandu tanpa lesen dan tidak memiliki Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL).

 

Katanya, sebanyak 350 saman turut dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas beberapa kesalahan antaranya tiada lesen memandu serta cermin gelap.

 

“Operasi yang turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut melakukan ujian air kencing dan mengesan dua penunggang motosikal serta tiga pemandu kereta positif dadah jenis syabu,” katanya.

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…