JPJ lelong motosikal, bermula dari RM50!

oleh Mohamad Hanif|
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan melelong 105 kenderaan pada 25 September ini membabitkan 81 kereta, 20 motosikal, tiga van dan satu lori.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengarahnya, Severinus Tukah berkata, semua kenderaan akan dilelong melalui lelongan awam itu dipamerkan untuk pemeriksaan awam selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat.

“Dokumen pelelongan awam sudah mula dijual bermula 10 September lalu dengan harga RM70 dan orang ramai masih boleh mendapatkannya sehingga jam 4 petang pada 24 September ini.

“Dokumen atau buku ini boleh dibeli di Bahagian Kewangan JPJ Perak dan orang ramai yang mahu membelinya perlu membawa bersama salinan kad pengenalan,” katanya dalam sidang media di JPJ Perak di Ipoh, hari ini.

Severinus berkata, semua kenderaan berkenaan akan dilelong bermula jam 9 pagi, 25 September bertempat di JPJ Perak membabitkan kenderaan yang boleh dilesenkan semula dan juga tidak boleh dilesenkan.

“Antara kenderaan yang menarik untuk dibida adalah Toyota Wish, Mercedes Benz, BMW, Subaru Impreza selain motosikal Yamaha 125Z, Honda EX-5 dan banyak lagi dengan harga lelongan bermula serendah RM50.

“Ini adalah lelongan awam siri kedua tahun ini dan kenderaan dilelong adalah membabitkan kenderaan disita keseluruhan enam cawangan JPJ di negeri ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kiriman TikTok yang viral oleh @kaksuemeow, Nur Aliah berkata dia membuat keretanya bersinar…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…