JPJ kutip RM286 juta menerusi eBid, bakal perluas kaunter pandu lalu mesra OKU

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid, merupakan antara penyumbang terbesar dalam kutipan hasil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sehingga kini telah berjaya mengutip RM286 juta, bagi tempoh 10 bulan pertama ini.


Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, inisiatif pembidaan nombor pendaftaran kenderaan itu memudahkan kedua-dua belah pihak berurusan dalam talian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Sehingga Oktober ini, sebanyak 124 siri nombor pendaftaran telah diperkenalkan melalui sistem e-bid dengan purata keuntungan sebanyak RM2.3 juta bagi setiap siri.

 

“Sistem ini menjadi pemudah cara buat pengguna untuk membida nombor-nombor yang disukai secara telus dan efektif.

 

“Jika dahulu, orang Pulau Pinang tidak boleh bida nombor plat luar, tetapi sekarang boleh bida nombor mana-mana negeri termasuk Sarawak sekali pun secara dalam talian,” katanya.

 

Sehingga kini, seramai 940,000 individu telah melayari JPJeBid dan diyakini akan terus meningkat susulan sistem yang mesra pengguna.

 

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat Khas dan Pelancaran Kaunter Pandu lalu JPJ Pulau Pinang, di sini hari ini.

 

Mengulas mengenai kaunter pandu lalu itu, Zailani berkata membuka kaunter pandu lalu di pekarangan JPJ Pulau Pinang  itu, bagi memudahkan orang ramai memperbaharui pelbagai lesen dan urusan menerusi tempoh transaksi singkat.

 

Beliau berkata pelanggan boleh memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LLM), pertukaran lesen memandu percubaan (PDL) ke lesen memandu Malaysia (CDL), dan pembayaran saman terkini menerusi transaksi kurang daripada lima minit.

 

“Kaunter pandu lalu ini akan diperluaskan perkhidmatan ke seluruh negara dengan negeri Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan JPJ,” katanya.

 

Zailani berkata bagi perkhidmatan terbaharu pula, JPJ akan menyediakan 100 unit kiosk yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU), dan akan ditempatkan di seluruh negara dalam usaha ke arah pendigitalan.

 

“JPJ ketika ini sedang menaik taraf sistem perkhidmatannya ke arah pendigitalan secara berperingkat, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyampaian kepada pelanggan, pendigitalan berkenaan melibatkan semua perkhidmatan JPJ termasuk memperbaharui lesen kenderaan motor,” katanya.

 

 

Bernama

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Susulan maklumat itu yang terkandung dalam dokumen JPJandora Papers, saya telah mengetengahkan…
Berita Domestik
Semalam, Sultan Ibrahim berkenan mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang…