JPJ kuatkuasa 7 kesalahan tak dibenarkan kompaun!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan tujuh kesalahan yang tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolla berkata kesalahan itu adalah membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Selain itu, kesalahan lain adalah tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

"Turut dikuatkuasakan ialah Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan di jalan raya iaitu pada dua hari sebelum perayaan iaitu 20 dan 21 April serta dua hari selepas perayaan iaitu pada 24 dan 25 April.

"Ia bertujuan mengelakkan risiko berlakunya nahas di jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program keselamatan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri di gerai juadah Ramadan Taman Prima Saujana, di Kajang pada Selasa.

Hasbi berkata seramai 2,000 anggota penguat kuasa JPJ terbabit dalam Ops Bersepadu yang bermula pada Selasa sehingga 27 April ini sempena sambutan Aidilfitri dengan pendekatan operasi memfokuskan kepada 76 lokasi 'black spot' di jalan Persekutuan yang menjadi antara kawasan yang mempunyai kadar kemalangan tertinggi.

Beliau berkata selain itu, pendekatan menerusi strategi 'covert' dan 'overt' termasuk penggunaan dron di lokasi tertentu bagi memantau dan merakam etika pemanduan yang tidak selamat oleh pemandu serta pelanggaran peraturan kesalahan jalan raya, turut akan dilaksanakan JPJ.

Katanya, antara penguatkuasaan lain yang dilaksanakan adalah dengan melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres, pemantauan dan penguatkuasaan di jajaran black spot kemalangan, pelaksanaan persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) dan Ops Khas Motosikal.

"JPJ juga mengadakan Pra Ops Hari Raya bermula 14 April hingga semalam yang membabitkan pemeriksaan bas di 76 buah depoh dan 28 terminal bas utama di seluruh negara bagi memastikan bas sentiasa berada dalam keadaan `road worthiness' serta melakukan pemeriksaan mengejut di Stesen Penguatkuasa, Hentian Rehat dan Rawat serta Hentian Sebelah di lebuhraya seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim yang turut hadir pada program berkenaan, berkata keanggotaan dalam Ops Bersepadu akan ditambah mengikut keperluan dan boleh mencecah sehingga 2,300 hingga 2,500 anggota.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…