JPJ kompaun 7,455 kenderaan guna nombor 'fancy' sepanjang Januari hingga Mei 2020

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis ke atas 12,694 pemilik kenderaan sepanjang tahun ini kerana menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sepanjang Januari hingga Mei tahun ini juga sebanyak 7,455 kenderaan dikompaun atas kesalahan itu.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Mereka yang menggunakan nombor 'fancy' mempunyai interpretasi sendiri yang kemungkinan ada maksud namun ia menyalahi peraturan JPJ.
 

"Pemilik kenderaan yang memasang nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi itu dan dipanggil untuk memberi penjelasan dan diperiksa sebelum disaman.

 

"Orang ramai yang melihat kenderaan memakai nombor fancy ini juga boleh merakam gambar dan menghantar ke pusat aduan JPJ," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ, semalam.

 

Beliau berkata, pada 2016 sebanyak 13,606 kompaun dikeluarkan atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi, manakala pada 2017 sebanyak 11,717 kompaun, 2018 (11,957) dan 2019 (31,716).

 

 

 

sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…