JPJ kesan premis kereta terpakai jual kenderaan kepada warga asing

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) giat mengesan premis menjual kenderaan terpakai yang aktif menjual kereta kepada warga asing.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, premis berkenaan akan menerima bayaran secara tunai bagi memudahkan urusan dan mengelakkan dikesan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut beliau, sebuah syarikat sudah dikesan menjual sehingga 10 kenderaan dan tiada pertukaran maklumat pembeli

"Ada beberapa premis yang sudah disenarai untuk diambil tindakan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Sempena Kolaborasi Penguatkuasaan dan Jamuan Hari Raya di Kota Bharu pada Selasa.

Mohd Misuari berkata, sebelum ini mereka bebas datang ke JPJ untuk membayar kompaun dan membawa pulang kenderaan apabila kenderaan itu disita.

"Kita juga sedang memikirkan tindakan yang boleh diambil sebagai pengajaran. Bukan untuk menghukum tetapi mengelakkan perkara itu tidak menjadi satu amalan," katanya.

Menurut Mohd Misuari, ada penahanan membabitkan etnik Rohingya yang membeli kenderaan selepas menerima wang sebanyak RM2,000 daripada abangnya di Australia semata-mata untuk membeli kereta di Kota Bharu.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 24 kes kesalahan pemanduan dan pemilikan kenderaan melibatkan etnik Rohingya didakwa di mahkamah dalam tempoh hampir dua bulan.

Tambah beliau, jumlah denda keseluruhan ialah RM85,000.

"Alasan mereka ketika ditahan ialah meminjam kenderaan dan menyewa tetapi yang pasti ada transaksi pembelian antara warga tempatan," katanya.

Jelasnya, warga asing yang memandu kenderaan tanpa lesen memandu yang sah akan menyukarkan untuk membuat tuntutan insurans pihak ketiga sekiranya terlibat dengan kemalangan.

"Pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu juga tidak terlatih dan tidak cekap mengendalikan kenderaan serta tidak memahami undang-undang jalan raya seterusnya boleh mengundang risiko berlaku kemalangan," katanya.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah pun menawarkan program pajakan Certified Pre-Owned (CPO), di mana…
Berita Domestik
Para pemilik model kereta terpakai bertauliah daripada portfolio BMW Premium Selection kini dapat…