JPJ Kelantan - Semakin ramai warga asing dikesan memandu tanpa lesen

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook JPJ Kelantan
Saman melibatkan pemandu warga asing yang menggunakan kenderaan tempatan di negeri Kelantan semakin membimbangkan terutama di kawasan bandar.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, kira-kira lima notis saman dikeluarkan setiap bulan melibatkan golongan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut beliau, antara kes yang dikesan ialah majikan membenarkan pekerja menggunakan kenderaan mereka, penduduk tempatan menyewakan kenderaan dan ada yang menjualnya kepada warga asing.

 

"Pembelian itu tidak mempunyai rekod dan tiada pertukaran nama pemilik," katanya kepada pemberita selepas Ops Khas Ambang Tahun Baru 2023 Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan di Jalan Pasir Hor, di Kota Bharu, pada Sabtu.

 

Mohd Misuari turut mengingatkan pemilik kenderaan bertanggungjawab dengan tidak meminjam dan disewakan kepada warga asing.

 

Tambah beliau, sepanjang tahun lalu, jabatan itu juga mengeluarkan 343 notis saman kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyita kenderaan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Kita bimbang tindakan mereka akan merisikokan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain," katanya.

 

Justeru katanya, JPJ akan melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan supaya pengguna patuh kepada undang-undang yang ditetapkan.

 

Beliau memberitahu, tahun 2023 sebagai tahun penguatkuasaan dan sentiasa akan ada operasi secara tetap dan berkala.

 

jpj kelantan
gambar dari Facebook JPJ Kelantan

 

Sementara itu, beliau berkata, Ops Khas Ambang Tahun Baru 2023 dilaksanakan serentak di Machang dan Gua Musang yang turut melibatkan 100 pegawai dan anggota daripada Jabatan Imigresen negeri dan Polis Diraja Malaysia.

 

Operasi enam jam bermula 8 malam itu memeriksa 420 kenderaan melibatkan 323 notis saman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Kita juga menyita 11 motosikal, tiga kereta termasuk sebuah kereta klon.

 

"Operasi dijalankan ke atas kenderaan persendirian yang tidak mematuhi Akta JPJ 1987 serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.

 

Tahun lalu JPJ Kelantan memeriksa kenderaan sebanyak 187,424 dan daripada jumlah itu 31,031 sudah diambil tindakan manakala 71,025 notis saman dikeluarkan selain 254 kenderaan disita.

 

 

 

 

Astro Awani

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, hasil semakan pada laman web rasmi juga mendapati terdapat sehingga 20 permohonan sejak…
Berita Domestik
  Menurutnya, kesalahan dikesan lebih muatan itu dikesan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan…
Berita Domestik
  Menurut beliau, sebuah syarikat sudah dikesan menjual sehingga 10 kenderaan dan tiada pertukaran…