JPJ Kelantan lelong 75 kenderaan, harga bermula dari RM120 - RM11,800

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bakal melelong 75 buah kenderaan yang telah dilucut hak pada harga serendah RM120 sehingga RM11,800 bermula 11 hingga 18 Julai ini.


Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tawaran sebut harga bagi kesemua kenderaan itu dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari sepanjang tempoh tersebut.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Katanya, tawaran sebut harga itu dilaksanakan secara dalam talian bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di pejabat JPJ sekali gus dapat mengekang penularan Covid-19.

 

“Kaedah ini berbeza dengan lelongan awam apabila mereka tidak perlu hadir ke pejabat JPJ untuk menyatakan sebut harga dan semua akan dijalankan secara dalam talian.

 

“Pelbagai kenderaan yang ditawarkan antaranya Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Protan Saga dan Proton Iswara yang bermula pada harga RM120 sehingga RM11,800,” katanya ketika dihubungi pemberita.

 

Menurut Hanif Yusabra, nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

 

Keterangan lanjut boleh hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan menerusi talian 09-766 6905 atau 09-766 6117 atau layari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial. 

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Selepas tindakan diambil, pemilik boleh menuntut semula kenderaan masing-masing. “Bagaimanapun…
Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…
Berita Domestik
  Wan Jamal  berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 141 buah kenderaan bernilai RM2.87 juta yang…