"Selain itu tiada lesen memandu kompeten (CDL) serta lain-lain kesalahan teknikal," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Menurut beliau, operasi terhadap kenderaan Thailand akan diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya lain di negeri ini.
Ujarnya, pada masa sama JPJ Kelantan mahu memastikan pemandu-pemandu warga asing terutamanya dari Thailand mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya di Malaysia.
Mohd Misuari memberitahu, sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang bermula pada 24 Mac hingga 8 April lalu, sebanyak 11,678 kenderaan dari Thailand direkodkan keluar dan masuk melalui tiga pintu sempadan utama di Kelantan iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Walaupun operasi lebih tertumpu kepada Op HRA namun penguatkuasaan terhadap kenderaan asing terutama dari Thailand tetap diteruskan seperti biasa.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati pemandu Thailand menunjukkan tahap pematuhan yang sangat tinggi, malah sepanjang tempoh itu tiada sebarang kesalahan ICP yang dikesan di ketiga-tiga pintu masuk utama,” katanya.