JPJ Kelantan keluarkan 388 saman lebih muatan untuk kenderaan perdagangan

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 388 saman dan notis membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap kenderaan perdagangan sempena Op Khas Lebih Muatan yang berakhir semalam.

Operasi bermula pada hari Selasa telah memeriksa 590 kenderaan di dua lokasi di Jeli dan Bukit Bunga, di Tanah Merah dan membabitkan 29 pegawai serta anggota.

 

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, antara kesalahan paling banyak dilakukan ialah membawa muatan berlebihan yang dibimbangi boleh mengakibatkan kenderaan hilang kawalan dan kecelakaan lain.

 

"Semua sama dan notis dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010," katanya yang ditemui media di Stesen Penguatkuasaan Bukit Bunga semalam.

 

Hanif Yusabra berkata, selain mengurangkan kemalangan membabitkan kenderaan jenis itu, objektif operasi juga bagi memastikan pemandu mematuhi undang-undang ditetapkan.

 

Katanya, bagi kesalahan di bawah Seksyen 57 (1) APAD, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit bersalah.

 

"Sementara kesalahan di bawah Kaedah 89, Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan," katanya.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita mengatur gerak penugasan bagi memastikan kelancaran aliran trafik melalui bantuan…
Berita Domestik
  Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi 29 Mei lalu. "Satu…
Berita Domestik
  "Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes…