JPJ Kelantan keluarkan 21,324 notis saman dari Januari hingga Jun 2021

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 21,324 notis saman dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.


Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusof, berkata jumlah itu menunjukkan pertambahan sebanyak 66 peratus atau 8,460 notis saman berbanding 12,864 notis saman pada tempoh yang sama tahun lalu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Dari segi kesalahan, ia menunjukkan peningkatan walaupun dalam tempoh kawalan pergerakan terutamanya membabitkan kenderaan berat atau lori.

"Kesalahan utama membabitkan kenderaan sebegini adalah membawa lebih muatan dan muatan berbahaya iaitu 3,814 berbanding 1,470 kesalahan tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas Program Insaniah JPJ Kelantan di Kampung Chica Menyabong, semalam.

 

Sementara itu, mengulas mengenai Program Insaniah JPJ Kelantan, beliau berkata aktiviti itu dilaksanakan bagi membantu golongan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan memberi sumbangan bakul makanan dan wang tunai.

 

"Sumber kewangan yang diperoleh bagi menjalankan program ini adalah daripada tabung insaniah hasil kutipan anggota dan kakitangan JPJ Kelantan.

 

"Program seperti ini baik untuk memberi galakan kepada warga JPJ Negeri Kelantan memupuk sikap prihatin, budaya empati dalam memberi bantuan kepada masyarakat setempat yang terjejas akibat pandemik," katanya.

 

Beliau berkata sumbangan yang disalurkan kepada golongan itu diharap dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberi keceriaan hidup serta mengeratkan hubungan antara agensi penguat kuasa dengan masyarakat.

 

Katanya, ini adalah program yang pertama kali dijalankan oleh JPJ Kelantan dan akan diteruskan pada masa hadapan, justeru pihak yang ingin menghulurkan bantuan amat dialu-alukan.

 

 

 

– BERNAMA

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, hasil semakan pada laman web rasmi juga mendapati terdapat sehingga 20 permohonan sejak…
Berita Domestik
  Menurutnya, kesalahan dikesan lebih muatan itu dikesan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan…
Berita Domestik
  Menurut beliau, sebuah syarikat sudah dikesan menjual sehingga 10 kenderaan dan tiada pertukaran…