Katanya, dalam tempoh tiga bulan ini, kereta Honda Jazz klon paling banyak disita selain daripada kenderaan import dari Jepun yang lain.
Ujarnya, kereta Honda Jazz mendapat permintaan tinggi terutamanya golongan orang muda yang berusia antara 25 hingga 45 tahun yang membelinya dengan pada RM10,000 berbanding harga asal RM85,000.
“Kereta-kereta klon terutamanya, Honda Jazz dijual pada harga RM5,000 hingga RM10,000.
“Pemilik kereta klon juga dilihat semakin berani mengiklankan kereta untuk dijual melalui media sosial sejak kebelakangan ini,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Menurut Hanif Yusabra, kebanyakan pemilik cuba menafikan pemilikan kereta klon bagi mengelakkan daripada disita.