JPJ KAJI SELARAS UNDANG-UNDANG AKTIVITI BERBASIKAL DI JALAN RAYA

oleh Penyumbang Rencana 2|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengkaji untuk menyelaras penguatkuasaan undang-undang terhadap aktiviti berbasikal di jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, kajian itu akan melibatkan pihak polis dan agensi penguatkuasa lain agar tindakan tegas dapat dilaksanakan.

datuk ketua pengarah jabatan pengangkutan jalan

“Dalam rangka kerja perundangan, definisi kenderaan ini jika ia di bawah kelajuan 25 kilometer (km) sejam, ia didefinasikan sebagai basikal yang mana ianya dibenarkan untuk berada di ‘off road’ atau luar jalan raya. Ia juga kerana kenderaan itu tidak tersenarai dalam kenderaan yang dikenakan cukai dan disebabkan itu tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan.

“Bagaimanapun dalam perkembangan terkini yang terlampau banyak aktiviti berbasikal termasuk dengan aktiviti basikal lajak, jadi kita sedang bekerjasama dengan pihak seperti polis dan agensi lain untuk kita menyelaraskan keadaan ini,” katanya. 

Menurut Shaharuddin, pada masa ini, JPJ tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pengguna basikal melainkan memberi advokasi dan pendidikan.

Katanya, aspek pengurusan kenderaan basikal adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menyediakan laluan-laluan basikal yang bersesuaian di kawasan seliaan masing-masing.

antara gambar yg ditularkan

Shaharuddin berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (Unit Penguatkuasa Lebuhraya) Di Bangunan Plaza Tol Lama Jelapang di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hantaran pada sebuah laman facebook tular yang memaparkan aktiviti berbasikal di susur masuk lebuh raya di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

kerisauan netizen terhadap pengguna basikal

Aktiviti dengan menggunakan jalan raya sebagai trek itu dikatakan mengundang keresahan pengguna jalan raya yang bimbang risiko kemalangan dan keselamatan nyawa.


Artikel oleh Hamimah Hamid / Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Beliau seterusnya berkata jumlah kes harian yang boleh mencecah angka melebihi 4,000 kes bermaksud…
Berita Global
Jadi bagi mereka yang mahu menjadikan penampilan Tiguan mereka sedikit unik, dan tidak kisah akan…